-->
My life

Saturday, 21 July 2012

Happy fasting everyone !

   
Assalamualaikum semua! Pejam celik pejam celik, dah sampai pun bulan ramadhan dan semua umat islam di wajibkan puasa. today, first day puasa. Haha! Selamat berpuasa kepada yang berpuasa dan kepada yang tak dapat puasa lagi selamat beristirehat hihi, *ni untuk gurl je, so yang boy tak ada alasan nak batalkan puasa selain ada alasan yang sangat kukuh yang diterima oleh Allah (;* ni nak story sikit pasal pagi tadi. Maklumlah first day puasa mesti kelam kabut nak bangun sahur. Pepagi lagi Ma dan abah dah bangun, then pergi ke bilik anak2 nak kejutkan untuk bersahur, anak2 pulak buat berat punggung nak bangun kahkah, aku tak termasuk okayy. hehe! Aku just terdengar je gelagak2 adik2 aku tadi, yang perempuan ni pulak  cakap ' malam tadi dah makan lah' nak baginya alasan supaya tak bangun sahur, last2 kena bangun jugak. haha! abah aku kan tak suka pada alasan. 
Mybe esok aku dapat lah sahur jugak bersama ma abah dan adik2 (; Insyaallah! Kadang ada untung dan kadang ada rugi jugak bagi perempuan2 yang tak dapat berpuasa kan. emmmm, sedih jugak tak dapat puasa :< Nanty dah habis raya aku nak start dah ganti2 puasa if ada yang aku tinggal puasa tahun nie. tak nak dah tangguh2 macam tahun2 lepas, sangat berat bebanan aku bila ganti lewat. so aku nekad aku nak ganti puasa lepas raya jugak (; 
 Eh jap! Ni satu lagi story bout senget aku, hehe. Tadi dia text aku masa dia bangun sahur, tapi aku tak layan text dia sebab aku tido mati kot haha! sorry ya senget. hehe. Setakat nie jelah celoteh aku pepagi nie, hewhew, ayat berterabur kan humpp, biarkanlah who care kan kahkah. next time, if aku ada story aku akan bagitahu, hihi! okay Good morning & Happy fasting ♥
di cetak oleh Mek nono ketika 9:29 am
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 6 July 2012

Random -_-


Aku sudah jatuh cinta... hihiihih
ntahla.. macam mane aku boleh jatuh hati kat dia pun aku tak tahu.. kalu ade orang tanye aku kenapa aku sayang dia? aku sendiri tak boleh jawab.. sebab aku sendiri tak tahu.. well, aku tak pikir kite memerlukan sebab untuk menyintai seseorang kan..
Sebelum ni, aku pernah jatuh cinta kat seseorang.. tapi terputus tengah jalan.. tak ade jodoh org cakap.. lame jugak la aku 'membujang'.. dekat2 1 tahun.. bukan tak nak couple, tapi hati belum terbuke mase tu.. hehhehe..
Dia tu kadang-kadang pelik.. aku pun kadang-kadang tak boleh nak faham dia. Terasa jugak bersalah sebab dia selalu bagi aku yang terbaik.. tu yang buat aku makin 'gila bayang' kat dia tu.. hahahha... dia selalu buat aku ketawa bile dia ade dekat dengan aku.. bila aku marah, dia tahan je.. bila aku merajuk, dia gelakkan aku! ishh.. tapi itu yang buat aku kembali sejuk.. hehehe


Pernah aku sakitkan hati dia.. aku tak sengaja sebenarnye, mula-mula memang dia marah sangat.. saye sedih taw.. :'( tapi marah dia tak lame.. walaupun terseksela jugak aku ni nak tunggu marah dia tu reda... tapi lepas tu dia pujuk aku balik.. dengan suaranye yang... adusss.. serta merta aku boleh cair.. :P dia buat aku tersenyum lagi.. adoii.. terasa bunga-bunga cinta berterbangan atas kepala aku.. hahaha


Kadang-kadang dia boleh melakukan perkara-perkara yang aku tak jangka pun.. boleh tercabut jantung aku! huhuhu.. tapi itu yang menjadikan sayang aku kat dia makin menebal.. pernah jugak aku terasa hati dengan dia, tapi aku hairan.. kenapa aku tak boleh nak marah dia lama-lama... dengan cepatnye aku akan baik sendiri.. ntahlaa.. mungkin sebab aku terlalu sayangkan dia... urmmmm....


tak kiralah siapa pun dia, bagaimana pun dia... aku akan tetap menyintainya... InsyaAllah..

di cetak oleh Mek nono ketika 10:41 am
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 3 July 2012

masih adakah sahabat sejati sekarang ??

                      assalamualaikum dan salam 1malaysia buat semua..
hari ni aku nak tanya korang, masih ada lagi tak sahabat sejati dalam dunia ni..orang kata sahabat nak bergelak tawa tepi jalan pun boleh kutip tapi sahabat yang bersama kita bila kita dalam kesusahan nak kutip kat mana pulak??hehe..fikir-fikirkan..tapi dalam kita mencari sahabat sejati tapi pernahkah kita terfikir samaada kita ni seorang sahabat sejati yang sanggup menolong sahabat yang lain jika mereka dalam kesusahan..

kalau kita sendiri ni seorang yang pentingkan diri sendiri jangan harapkan nak ada sahabat sejati tapi sahabat bergelak ketawa pun entah ada entah tiada..hehe..kalau kita mahukan sahabat sejati pastikan diri kita tu terlebih dahulu boleh menjadi seorang sahabat sejati..barulah orang nak kawan dengan kita kan..kalau perangai kita pun yang tak seberapa tu jangan harap la nak ada kawan..
di cetak oleh Mek nono ketika 7:00 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)


Makanan

  • December (6)
  • July (3)
  • June (3)
  • February (1)

Followers

Ethereal theme. Powered by Blogger.