-->
My life

Saturday, 30 June 2012

FORM 6 ------> UNIVERSITI (;

Assalamualaikum W.B.T


“ Awak masuk STPM ibarat sebelah kaki awak sudah memasuki Universiti, yang sebelah lagi bergantung pada awak la masing- masing” ayat nie la yg Cg kaunseling kami selalu cakap dalam dewan masa orientasi "

aku sendiri x pernah terdetik nak masuk STPM. Disebabkan result SPM aku yang agak low, aku xdapat melanjutkan pelajaran ke universiti, politeknik, maktab, matrik ataupun kolej2 swasta( kolej swasta x mintak pun sebenarnya) haha.

aku amek 4 subjek iaitu Pengajian AM, Bahasa MAlaysia, Geografi dan Ekonomi. See?? 4 subjek ok. Takkan 4 subjek pun korang xleh struggle. Ramai orang cakap STPM nie susah la, gedik la, ya ampun la, tapi aku akan buktikan bahawa aku yang agak tak pandai nie pun leh berjaya masuk Universiti berkat kejayaan STPM nanti..



Apa yang best tentang STPM nie???? aku dapat katakan Tingkatan 6 merupakan kenangan terindah kat sekolah. harhar

Tak dinafikan Ramai org memandang rendah kami sebab kami p sekolah pakai baju uniform. Pakai kena kemas x macam budak diploma mahupun matrik dan seumpamanya.

Rasa nak lempang mulut- mulut yang mengata 2 pun ada. Tapi tahap kesabaran saya tinggi ok kawan – kawan.

Kami dilayan dengan amat baik oleh guru- guru kami. Budak Tingkatan 6 pun  tak ramai cuma 4 kelas dengan ini boleh dikatakan semua guru mengenali kami..


aku bukan orang rajin ok. aku stdy pun ikut mood, tapi lau tiba mood study datang memang aku akan study sampai lebam.

Dan LAstly, ( xnak cakap banyak ) aku x rasa menyesal masuk form 6. Seyes jugak yg nie.



Kepada mereka yang x dapat mana2 panggilan untuk melanjutkan pelajaran, aku sarankan anda ambek STPM. * wink3

P/s :  Terima kasih tak terhingga kepada semua  especially guru dan rakan aku yang terlibat dalam kisah STPM aku nie. hehe..

di cetak oleh Mek nono ketika 5:25 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 23 June 2012

Tentang Cinta...Hati Dan Perasaan...

Hai semua, selamat malam.. esok hari Ahad kan? maka esok dah start kerja bagi yang bekerja dan dah start kelas/kuliah bagi yang masih study.. semoga esok akan lebih indah dan kita lebih semangat memulakan minggu baru ^^
sebelum menutup mata untuk lena, saya ingin berbicara mengenai CINTA,HATI dan PERASAAN (; wahh ! mood jiwang lha malam malam ni kan? harhar.. sudilah kiranya kamu luangkan masa untuk baca madah madah tangkap lentok dan tersangat lha jiwang kononya romantikus, harhar (;
Kerana kamu umpama bulan di litup awan yang sering di puja dan dipuji, kamu indah di langit tinggi, di kelilingi bintang2 yang cantik tidak terperi.. manakala aku hanyalah umpama rumput di jalanan yang sering dipandang sepi, sering dipijak dan biarkan sendiri serta dipandang kecil bagai tiada erti.. maka sebab itu aku biarkan sahaja rasa cinta ini tersudut sepi di kamar hati ini.. enggan berbicara dan mengakuinya di hadapan kamu kerana kita ternyata jauh berbeza.. jadi aku harap kamu mengerti, janganlah di tanya itu dan ini lagi..
p/s : Ayat dari novel jer pun harhar (;

Cinta! jangan kau pergi, Cinta! jangan tinggalkan aku sendiri, Cinta!janganlah engkau biarkan aku tersudut sepi lagi ^^



“Cinta ialah iradah Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyeksa orang lain. Kalau ia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Tetapi jika ia hinggap di hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi.” (Hamka)


di cetak oleh Mek nono ketika 8:31 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 10 June 2012

Almost a week the new semester start!

Assalamualaikum blog..eh..eh..ehhhhh..blog pulak..assalamualaikum u'olls yg membaca..Hehe..:D


Almost a week the new semester start. Whoaaaahhh.*mengeluh..Seriuosly, semester ni mencabar gila. First day teacher dah masuk chapter 1. Pastu dah ade assignments bagai. gila stress aku!

Subject form6
  • GEOGRAFI
  • EKONOMI
  • BAHASA MELAYU
  • PENGAJIAN AM


Susah? Umppphhh..Belajar mana ada pernah senang. Fuhhh... Soalan exam memang mesti tahap killer punya. But, i'll try harder and all out sampai aku boleh capai target! yes, kata nak 4 FLAG kan. So, kena kuat semangat. 
huhh! form 6 sekarang dah guna sistem semester (macam dekat U pulak) harhar.. hmm bermakna aku kena beli buku rujukan baru. Buku rujukan form6 agak mahal jugak kan? hermmm, tapi dipikir2 lebih baik guna buku yang sistem lame punya yang diberi oleh senior aku dulu (; silibus same je kut tapi berbelit sikit.. huh pandai2 lha aku highlight yang mane penggal 1 2 dan 3 kan? jimat duit abah aku (;  hehe..  *tu pun cadangan daripada kawan2 aku*

Semua entry aku untuk bahan rujukan anak cucu aku pada masa hadapan. Yelah anak cucu aku patut berbangga ade nenek macam aku nanti. Haha. Just one statement aku nak dengar from my anak cucu : "Whoaahh, my nanny keep updating her blog,what a such amazing! " kui3..:P

Idiom today : Don't Let something slip through your fingers.. 

Okay, nanti senang-senang aku update lagi ye. Bye.. :)




di cetak oleh Mek nono ketika 4:31 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)


Makanan

  • December (6)
  • July (3)
  • June (3)
  • February (1)

Followers

Ethereal theme. Powered by Blogger.