-->
My life

Saturday, 23 June 2012

Tentang Cinta...Hati Dan Perasaan...

Hai semua, selamat malam.. esok hari Ahad kan? maka esok dah start kerja bagi yang bekerja dan dah start kelas/kuliah bagi yang masih study.. semoga esok akan lebih indah dan kita lebih semangat memulakan minggu baru ^^
sebelum menutup mata untuk lena, saya ingin berbicara mengenai CINTA,HATI dan PERASAAN (; wahh ! mood jiwang lha malam malam ni kan? harhar.. sudilah kiranya kamu luangkan masa untuk baca madah madah tangkap lentok dan tersangat lha jiwang kononya romantikus, harhar (;
Kerana kamu umpama bulan di litup awan yang sering di puja dan dipuji, kamu indah di langit tinggi, di kelilingi bintang2 yang cantik tidak terperi.. manakala aku hanyalah umpama rumput di jalanan yang sering dipandang sepi, sering dipijak dan biarkan sendiri serta dipandang kecil bagai tiada erti.. maka sebab itu aku biarkan sahaja rasa cinta ini tersudut sepi di kamar hati ini.. enggan berbicara dan mengakuinya di hadapan kamu kerana kita ternyata jauh berbeza.. jadi aku harap kamu mengerti, janganlah di tanya itu dan ini lagi..
p/s : Ayat dari novel jer pun harhar (;

Cinta! jangan kau pergi, Cinta! jangan tinggalkan aku sendiri, Cinta!janganlah engkau biarkan aku tersudut sepi lagi ^^



“Cinta ialah iradah Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyeksa orang lain. Kalau ia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Tetapi jika ia hinggap di hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi.” (Hamka)


di cetak oleh Mek nono ketika 8:31 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Post Older Post Home


Makanan

  • December (6)
  • July (3)
  • June (3)
  • February (1)

Followers

Ethereal theme. Powered by Blogger.