Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca.
Macam mane aku nak cerita pasal tajuk di atas tuu ekk? hmmmmmmmmmmmmmmm -.- Nak perah otak jap.............................................................................................................................................. !! Yes! i'm got idea. hihihi, "speaking pulak dah. Amboi gedikss hahahaha.."
Okay! Sebagai permulaan cerita aku, aku nak bercerita tentang abah dan mama aku. Firstly tentang abah aku. Beliau seorang ayah yang sangat tegas terhadap anak-anaknya tetapi pada masa yang sama ia seorang yang penyayang dan suka bergurau. Tapi kekadang abah aku ni sangat bekeng * garang * apabila ada anaknya membuat sesuatu kesalahan tidak kira anak yang besar mahupun kecil, abah aku tetap memberi hukuman. Abah aku tidak mempunyai sikap pilih kasih. Abah aku melayan anaknya dengan kesamarataan dalam mencurahkan kasih sayang yang mencukupi. Tapi ada jugak kawan kawan aku takut pada abah aku nie sebab muka abah aku macam bekeng, tapi biasa saja, cuma anak anak,isterinya dan saudara saja yang mengenali ia dengan lebih dalam, orang luar x tahu apa apa, sebab tu dia takut. hahahahaha !! Abah aku mempunyai kekasih hati yang selalu ada disaat ia susah mahupun senang, iaitu mama aku tersayang.
Mama aku pula seorang ibu yang sangat penyayang. Selain itu, mama aku ni seorang yang sangat sporting tapi kekadang suka berleter, hihihi. *biasa laa seorang ibu berleter kepada anaknya kerana sayang, kan?* Soo anak anak perlu fahami hal itu :) Mama aku seorang yang sangat pandai memasak dan suka pada kekemasan diri, rumah, dan sebagainya *macam anak dia dan betol pepatah melayu berkata "ke mana tumpahnya lauk kalau tak ke nasi" hihihi*
Abah dan mama aku inginkan anak anaknya berjaya di dunia dan di akhirat *mana ada kan ibu bapa yang xnak anak anaknya macam tuu* Aku pun nakkkk!! Hihihihi. Aku tunjukkan gambar Abah.mama.aku.syikin.ayie. ;) yang lain busy belaka. harhar :3
*Puas hati dengan cerita dan gambar di atas? hihi*
(Aku bahagia mempunyai Abah dan Mama sebegini. Terima kasih Allah)
Friday, 14 December 2012
Thursday, 13 December 2012
Berangan-angan
Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Semua orang pernah berangan-angan, kan? Kalau kata tak pernah, mungkin kita saja nak menipu! Hihihi.. atau saja tak nak mengaku.
Tidak menghairankan kalau angan-angan kita tu bunyi macam pelik atau bunyi macam susah nak tercapai. Biasalah tu, sebab tu kita katakan angan-angan. Kadang-kadang, memang elok kalau kita pasang angan-angan, kalau tidak, mungkin hidup kita ni jadi bosan. Tiap-tiap hari buat benda yang sama saje. Macam tak ada cita-cita.
Apa agaknya yang jadi angan-angan kita??!
Kalau tanya yang lelaki, mungkin ramai yang berangan nak pakai kereta hebat! Kalau kata Ferrari tu bunyi macam ngeri, tapi memang ramai lelaki yang berangan-angan macam tu. Berangan aje, beb! Apa salahnya. Ada juga yang teringin nak pakai kereta Mesarati (apa tu?), atau mungkin porsche... apa-apalah. Last-last dapat pakai Honda ke, Toyota ke... okey jugak, kan?
Kalau tanya orang perempuan pulak, mungkin ada yang berangan-angan nak pergi bercuti di tempat yang eksotik, macam kat Bermuda ke, Pulau Bora-Bora ke, Jamaica ke... hehe atau nak pergi shopping kat Paris ke... hikkhokk...Ada juga berangan-angan nak ada rumah cantik kat tepi laut Mediterranean, macam kat Greece atau kat Spain. Ada yang teringin nak naik gunung yang penuh dengan salji. Ada yang berangan-angan nak buat majlis perkahwinan kat atas kapal.
Apa pun, memang tak salah kalau kita nak pasang angan-angan. Malah, ia menyeronokkan sekalipun belum tahu lagi sama ada kita akan merasa atau pun tidak. Kalau kita pasang angan-angan, mungkin kita akan cuba bergerak ke arah itu. Kita akan belajar untuk mencari dan mengumpul duit. Kalau kita berangan-angan nak itu dan ini, tapi satu habuk pun kita tak buat, memang sahlah angan-angan kita tu sekadar angan-angan mat jenin! Ada juga yang berangan untuk melanjutkan pelajaran. Kalau dah itu harapan kita, maka usahkanlah. Insya-Allah, tidak mustahil untuk kita mendapatkannya.
Hehe... ada yang berangan nak dapat isteri cantik macam Miss World, atau nak kahwin dengan lelaki handsome macam Johnny Depp... apa salahnya, kan? Kalau tak dapat secantik atau sehandsome itu... dekat-dekat pun okey gak...
Saje saje nak bergurau di petang khamis ni. Tak salah kot.kan? hehehe bye :>
*Berangan-angan itu snarnya indah walaupun sukar untuk mencapainya ^^
Wednesday, 12 December 2012
Beza.cinta.sayang.minat.suka
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah)
Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan)
*Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu ;)
Tuesday, 11 December 2012
Serba salah
Perasaan serba salah sering kali membuatkan kita sukar untuk membuat pilihan. Ibarat pepatah yang menyebut 'ditelan mati emak diluah mati ayah' kadangkala ia turut menyumbang timbulnya masalah.Masalah yang mungkin akan tiba-tiba muncul akibat dari perasaan serba salah untuk membuat keputusan.
Kalau tak ada kawan kita rasa serba salah takut nanti orang kata macam kera sumbang, sombong ataupun berlagak.Bila dah ramai kawan pun kita rasa serba salah sebab nak jaga semua hati dan perasaan kawan-kawan.Bila tengok seorang kawan mengata atau menyakiti hati kawan yang lain kita jadi serba salah.Nak tegur, bimbang nanti kawan kita terasa hati kalau tak tegur pun rasa serba salah sebab bimbang kawan yang jadi mangsa akan anggap kita tak ambil peduli atau tak nak bantu dia.Tegur salah, tak tegur pun rasa serba salah.
Walaupun ramai berkata bahawa diam itu lebih baik tapi kadangkala kalau kita diam je, pun rasa serba salah bimbang nanti kawan kata kita sombong dan tak nak menegur.Bila bercakap bimbang nanti kawan pulak kata kita berlagak, menunjuk-nunjuk atau nak tunjuk pandai.Diam salah, cakap pun rasa serba salah.
Zaman sekarang ni tersedia bermacam kemudahan untuk hubungi rakan-rakan.Tidak lagi seperti zaman dulu yang banyak bergantung dengan pejabat pos.Boleh guna telefon samada telefon rumah atau telefon bimbit, boleh guna khdmat SMS kalau nak jimat kredit, boleh guna email ataupun boleh terus gunakan laman yang menyediakan ruang sembang seperti facebook, yahoo messenger dan bermacam lagi aplikasi yang telah tersedia.Bila kemudahan dah tersedia kita pulak rasa serba salah, kalau asyik online bimbang nanti kawan kata kita ni tak ada kerja lain.Bila tak online pun rasa serba salah bimbang nanti orang kata kemudahan ada tapi tak nak guna.Ada yang kata itu lebih baik dari kita salahguna kemudahan yang ada.Guna salah, tak guna pun rasa serba salah.
Bila lama kita tak berhubung kita rasa serba salah bimbang nanti kawan atau saudara kata kita lupakan kawan atau saudara.Kalau selalu sangat call atau sms pun rasa serba salah bimbang nanti kawan atau saudara kata kita ni asyik mengganggu dia saja.Bila dah lama tak dengar berita kita jadi serba salah samada nak hubungi dia atau tunggu dia hubungi kita.Telefon salah, tak telefon pun rasa serba salah.
Banyak lagi perkara yang membuatkan kita rasa serba salah.Ketika memandu kita akan merasa serba salah lorong mana kita nak pilih, ketika membeli belah kita rasa serba salah barang mana untuk kita beli, ketika bekerja kita turut akan rasa serba salah contohnya kerja sebagai guru.Kalau anak murid buat salah kita rasa serba salah apa hukuman yang patut dibuat.Tersilap pilih hukuman guru akan dipersalahkan, kalau tak buat hukuman pun guru juga akan disalahkan kerana dianggap tidak menjalankan tugas.
Begitulah kehidupan, walaupun kita seringkali berhadapan dengan perasaan serba salah ramai yang memberi jawapan "pedulikan dengan orang lain, kita tak akan mampu untuk menjaga hati dan berlaku adil pada semua orang".Apa saja sekalipun dan walau sering rasa serba salah jangan sampai kita seringkali rasa 'serba serbi pun salah'.. itu lagi berat.
nani- tulis salah, tak tulis pun rasa serba salah.
Friday, 7 December 2012
Jalan jalan
Assalamualaikum wbt. dan selamat malam......
Tetiba saja rasa nak update pasal petang tadi, tapi tak tahu pulak nak bermula dari mana hehehehe. Ni semua angkara adik aku yang bernama syikin ajak aku ikut dia keluar bersama kawan kawan dia. Grrr, snarnya malas juga aku nak pergi, tapi dia yang paksa. soo ikut saja laa. Firstly, pergi rumah pika sebab dia ade buat birthday party, makan makan jelaa. Kalau bak bak makan ni aku ah yang semangat, tapi makan saja banyak, berat tak berapa naik pun, harharhar. K malas cakap pasal tuu, lepas saja makan makan, alyn pun datang bersama kakak dia untuk menjemput aku, syikin dan pika untuk keluar jalan jalan. Niatnya nak pergi main bowling dekat Ter. Then, ramai gila orang sampai nak booking pun tak boleh. Frust menunggenggggg!! Masa tu aku rasa menyesal gila sebab ikut diorang.
Hmmm almaklum dah sampai, aku try msj zerang tanya dia keluar or tak. dia pun reply ala kadar saja. hee, *sorry zerang* Then aku try suruh dia datang ambik aku sebab kakak alyn nak datang ambik lambat lagi, lebih baik aku suruh zerang. Heee, dia pulak cakap nak keluar dengan afiq, hatiku hampa kejap* hahahahaha. aku pun rasa serba salah pulak sebab suruh zerang datang ambik, hmmmm mula mula rasa malas ah nak kacau zerang nak keluar dengan afiq tu.. aku pun buat buat merajuk sebab dia cakap kena pergi ambik afiq dulu. last2, dalam pada aku merajuk, dia dah sampai kat Ter. aku pun x boleh nak buat ape ah. pergi jemba zerang ahh, haahah* ayat pekat Tgganu tuu, hehehehe. sampai saje aku jemba zerang, dekat 5 minit jugak kutt duk fikir nak buat macam mane, nak pergi mane, nak ambik afiq ke tak. Hahahaha. nakal gila kutt. Otw nak pergi ambik afiq, zerang asyik cakap saja tanpa henti, hahahaha. Lepas saja ambik afiq, kitaorang pergi Dataran Shah Bandar jalan jalan, tapi syukur alhamdulilah, zerang belanja milo ais satu, hahaha, malu masa tu snarnya, hehehe.
tepat 6.30 kitaorang keluar dari pasar tuu. duk bincang nak hantar nani dulu ke afiq, lamaaa gila duk fikir, apatah lagi zerang, lama sangat kalau dia fikir. grrrrrr tension aku dibuatnya, bahahahahhahha!! *zerang jangan marah* masa tu tengah confius sebab call syikin tanya kakak alyn dah datang ambik ke belum. syikin kate belum, hmmmmm, last last pergi hantar afiq dulu. Dalam perjalanan, syikin cakap kakak alyn dah datang ambik, aku terus suruh zerang hantar aku dekat rumah pika mula sebab motor letak situu. hehehehe. Sampai nya aku di rumah pika, sweet sour ah zerang sampai keluar kete. Best ah dapat jadi bff zerang. hahahhaaahaa. *BANGGA* sampai sini saja aku merapu. Hahahaha. bye bye bye :*
Wednesday, 5 December 2012
Long time not update
It's been a while since my last update (21.7/ relatively long until 5 month)
Hyep guys. long time no see blog aku ni. Actually,
aku terlupa password blog, sebab tu lama aku x update. So sekarang aku dah ingat password blog nie tu pun sebab berkat ketajaman akal adik aku ni yang memperingatkan aku password blog nie, hihihi. Thanks a lot syikin ;)
Now, aku mula kembali berminat untuk mengemaskini balik blog aku nie, almaklumala dah lama x update cerita yang menarik sebab x ingat password punya pasal laa. nasib baik aku ade adik yang sangat sporting, boleh laa aku berkongsi cerita dengan dia tentang cinta, gosip hangat dll lagi. hehehe. Tapi kadangkala adik aku nie menyakitkan hati juga. asal gaduh saja dia acah nak main sebar cerita aku pulak, lahaiiiiii!! kurang ajar betol!! Pasal cinta, aku malas dah nak cakap, bosan kutt. hmmmm. Dengan afiq pun dah berhenti di tengah jalan juga, sama macam rizal. so sekarang aku nak bujang lagi, "no boys no problem". hehehe. dah cukup setakat ini cerita gila aku, hahahah. bye bye! CHEESE!!!...
Now, aku mula kembali berminat untuk mengemaskini balik blog aku nie, almaklumala dah lama x update cerita yang menarik sebab x ingat password punya pasal laa. nasib baik aku ade adik yang sangat sporting, boleh laa aku berkongsi cerita dengan dia tentang cinta, gosip hangat dll lagi. hehehe. Tapi kadangkala adik aku nie menyakitkan hati juga. asal gaduh saja dia acah nak main sebar cerita aku pulak, lahaiiiiii!! kurang ajar betol!! Pasal cinta, aku malas dah nak cakap, bosan kutt. hmmmm. Dengan afiq pun dah berhenti di tengah jalan juga, sama macam rizal. so sekarang aku nak bujang lagi, "no boys no problem". hehehe. dah cukup setakat ini cerita gila aku, hahahah. bye bye! CHEESE!!!...
Subscribe to:
Comments (Atom)






