-->
My life

Thursday, 13 December 2012

Berangan-angan



Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Semua orang pernah berangan-angan, kan? Kalau kata tak pernah, mungkin kita saja nak menipu! Hihihi.. atau saja tak nak mengaku.
 

       Tidak menghairankan kalau angan-angan kita tu bunyi macam pelik atau bunyi macam susah nak tercapai. Biasalah tu, sebab tu kita katakan angan-angan. Kadang-kadang, memang elok kalau kita pasang angan-angan, kalau tidak, mungkin hidup kita ni jadi bosan. Tiap-tiap hari buat benda yang sama saje. Macam tak ada cita-cita.
 

              Apa agaknya yang jadi angan-angan kita??!


Kalau tanya yang lelaki, mungkin ramai yang berangan nak pakai kereta hebat! Kalau kata Ferrari tu bunyi macam ngeri, tapi memang ramai lelaki yang berangan-angan macam tu. Berangan aje, beb! Apa salahnya. Ada juga yang teringin nak pakai kereta Mesarati (apa tu?), atau mungkin porsche... apa-apalah. Last-last dapat pakai Honda ke, Toyota ke... okey jugak, kan?

 

Kalau tanya orang perempuan pulak, mungkin ada yang berangan-angan nak pergi bercuti di tempat yang eksotik, macam kat Bermuda ke, Pulau Bora-Bora ke, Jamaica ke... hehe atau nak pergi shopping kat Paris ke... hikkhokk...Ada juga berangan-angan nak ada rumah cantik kat tepi laut Mediterranean, macam kat Greece atau kat Spain. Ada yang teringin nak naik gunung yang penuh dengan salji. Ada yang berangan-angan nak buat majlis perkahwinan kat atas kapal.
 

     Apa pun, memang tak salah kalau kita nak pasang angan-angan. Malah, ia menyeronokkan sekalipun belum tahu lagi sama ada kita akan merasa atau pun tidak. Kalau kita pasang angan-angan, mungkin kita akan cuba bergerak ke arah itu. Kita akan belajar untuk mencari dan mengumpul duit. Kalau kita berangan-angan nak itu dan ini, tapi satu habuk pun kita tak buat, memang sahlah angan-angan kita tu sekadar angan-angan mat jenin! Ada juga yang berangan untuk melanjutkan pelajaran. Kalau dah itu harapan kita, maka usahkanlah. Insya-Allah, tidak mustahil untuk kita mendapatkannya.

      Hehe... ada yang berangan nak dapat isteri cantik macam Miss World, atau nak kahwin dengan lelaki handsome macam Johnny Depp... apa salahnya, kan? Kalau tak dapat secantik atau sehandsome itu... dekat-dekat pun okey gak...


Saje saje nak bergurau di petang khamis ni. Tak salah kot.kan? hehehe bye :>


*Berangan-angan itu snarnya indah walaupun sukar untuk mencapainya ^^
di cetak oleh Mek nono ketika 5:34 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Post Older Post Home


Makanan

  • December (6)
  • July (3)
  • June (3)
  • February (1)

Followers

Ethereal theme. Powered by Blogger.